Sunday, June 23, 2013

Kenangan 21 Jun 2013!!! : '(

Rabak, rabak, rabak... sakit yea mata aku...huhu... korang nak tahu kenapa?? nie semua disebabkan tahan ngantuk and tak tidur semalaman... yang paling best yea hari ini aku tak tidur pun coz keluar dengan awek aku, smart tak?? haha... apa, korang tanya tak muak ke jumpa tiap-tiap minggu?? hahaha.. aku mana tahu rasa muak kalau tengok muka orang yang aku sayang, kalau boleh aku nak jep jumpa hari-hari... =D

   Then kitaorang keluar pergi Bahau jep, dia kata nak shopping2 baju raya, awal sangat?? mestilah kitaorangkan student so takut tak sempat jep nak beli nanti... =D

   Habis jep shopping, aku terus jep hantar awek aku balik rumah sewa dia, sebeluma aku balik segamat awek aku sempat masakan untuk aku dinner, sedap wei!! hehehe... kalau diikutkan hati aku taknak balik  hari tu coz nak lepak lama2 dengan awek kesayangan aku tapi nak buat mcm mana coz besok aku ada modul plak, huhu.. sedih giler kot.. Aku balik segamat dalam pukul 7.30pm then aku sampai segamat dalam pukul 8.15pm... dalam perjalanan balik, aku ikut laluan senarling, felda kempis and felda rokan (sapa yang ddok area tu mesti tau mcm mne kawasan tu kalau malam) sumpah seram coz tak de lampu jalan and jalan tu hanya penduduk sekitar tu jep yang lalu so jalan tu memang kosong (nasihat dari aku kalau perempuan nak lalu situ mesti ada lelaki sekali), dalam keadaan gelap2 tu aku terpaksa jugak lalu coz aku kena hantar kereta sewa before 9pm... walaupun da lepas ketiga-tiga jalan tu aku kena redah lagi satu jalan kat johor, sama jugak menyeramkan nama tempat tu Bt Anam... damn lah..

    Whatever pun aku selamat sampai dekat kampus aku.. huhu...

P/S: bby i miss u so much.. (T_T)

Monday, June 17, 2013

HOLIDAY!!!!

GOOD MORNING EVERYBODY!!!! 
Haha, mesti korang tertanya-tanya kan nape pulak aku starting post dengan pic camtu, ala2 lompat bintang and acaca ultraman pulak tu.. (^_^), ha, dgn pic tu la menunjukkan aku terlalu seronok dan puas hati, nak tau kenapa???hahaha, sabr erk, aku nak bagitau la nie... sebenar yea aku baru jep baru balik dari bercuti, hehe.. aku bercuti dgn sape?? korang agak-agak?? family!! nope.. adik-beradik!! nope.. kawan-kawan!! nope... ok la, jawapan yea aku pergi bercuti dengan awek kesayangan aku, haha... pergi bercuti dekat mana?? amboi, tak sabar erk korang nak tau... ok2, aku pergi bercuti dekat Port Dickson jep (tak mampu nak pergi jauh-jauh coz bajet takde lagi :-P ). Aku gerak dari Segamat pukul 5ptg and sampai kat K.Pilah pukul 7mlm cmtu la then kitaorang takde la gerak PD terus, kitarong pergi JJ Seremban 2 tapi dalam perjalanan awek aku boleh pula ternampak funfair dekat seremban so kitaorang singgah dulu kat sana..

Lepas puas main dekat funfair baru kitaorang gerak pergi JJ, motif lepak JJ nak beli barang and tengok late night movie.. beli barang apa jep?? ala, beli handbag jep... lepas "cuci mata" baru gerak beli tiket wayang, kitaorang tengok cerita "After Earth", ala yang pelakon dia Will Smith dan anak dia Jaden Smith... cerita tu pasal manusia yang da lama tinggal kan bumi yang telah musnah, dan secara tak sengaja dorang dalam perjalanan nak pergi latihan perang kat planet lain tapi terpaksa menghadapi ribut astroid dan tertukar haluan ke bumi dan terhempas di bumi.. banyak la detik-detik yang mencemaskan dalam cerita tu, bagi aku kalau nak bagi rate cerita tu 8/10 jugak la (acaca pengritik filem and kaki wayang pulak kn)..

Habis tengok wayang dalam pukul 2pagi cmtu la, lepas habis jep tgk movie kitaorang terus gerak pergi PD dengan letih yea aku terpaksa gagahkan jugak kalau tidak tak sampai la kat PD tu.. dalam pukul 3.15pagi kalau tak silap aku sampai kat PD... fuh, kuat betul angin dekat pantai waktu malam walaupun tak nampak apa-apa tapi puas coz dengan kuat yea angin and bunyi air kat pantai membuatkan aku tenang dan lupa tentang letih, hehe.. aku dgn awek aku duduk kat pantai sampai pagi la kalau duduk dalam kereta sama-sama nnt ada orang salah sangka pula... kitaorang tggu sampai matahari terbit tapi aku silap percaturan coz kat PD bukan yea matahari terbit tapi matahari terbenam so mmg tak nampak la matahari kat pantai, sedih la juga tapi still puas... Orang selalu cakap kalau da sampai kat pantai tapi tak mandi-manda memang rugi lah kan, so aku pun apa lagi dengan tak sabar yea pagi tu dlm pukul 8pagi rasa yea aku terus masuk laut... Peeeeerrrggghh!!! segar giler lepas masuk dalam laut coz air dia memang sejuk, best tak terhingga la orang cakap.. hahaha...

Da siap mandi-manda, aku pun rasa nak balik rumah dulu (da alang-alang dekat dgn rumah katekan) boleh la aku nak ambik barang yang tertinggal masa aku masuk minggu lepas... hehe.. aku sampai rumah dalam pukul 12tghhari.. dekat rumah nenek aku masak ayam masak gulai cili api, fuhh!!! sedap wei... masakan orang nogori la katakan... tambah banyak kali pulak tu (makanan feveret tak boleh nak halang la kan) hehehe... Puas makan, mandi and ambik barang aku pun balik la Segamat tapi sebelum tu kena la hantar awek aku balik K.Pilah dulu... kira-kira pukul 5.15ptg aku sampai Segamat..

Tu jep lah catitan aku pasal holiday dekat PD with awek kesayangan aku cik keladi.. hehe.. sorry lah kalau cerita nie buatkan korang mengantuk, insyaAllah lepas nie aku akan cuba buat sesuatu yang menarik untuk korang baca... =D happy always...


Nie masa tuggu makanan dekat Kedai Makan Tasneem, orang Pilah mesti tau kat mana.. hehe...
Nie dalam Wheel Ferris funfair...






Pemandangan di Pantai..


Sunset walaupun belakang tapi masih lagi cantik..











Kami yang giler-giler masa ambik pic...



SAYA SAYANG SITI MARYAM!!! <3 <3 <3

Friday, June 14, 2013

My New Red Baby

Ops3!!! baru tengok tajuk jangan salah sangka pula k, baca dulu baru tau pasal apa... "baby" yang aku maksudkan bukan la ada kaitan dgn orang ataupun bayi tapi ianya yelah notebook baru aku, hahaha... ha, kan da cakap jgn salah sangka dlu, hehe tak pe la... NB nie tak la baru sangat aku beli dalam seminggu jugak la.. nak buat mcm mana hidup sebagai seorang student sekarang memang memerlukan lappy or notebook untuk buat kerja kalau tidak semua yea akan tergendala (alasan budak malas jep nie) hahaha... NB nie tak de la "Power" mcm korang punya tu.. huhu.. biasa2 jep... aku beli dengan harga RM1100 siap door to door service, window 8 ori, anti virus ori and free optical mouse.. aku yea NB jenama Acer, sape kat sini pakai Acer?? ouh, ramai jugak yea yang pakai Acer?? bagus la, kita da jadi geng la kalau mcm tu.. hahaha... ok, meyh sini aku ctew pasal spec dia plak... NB aku nie mengunakan OS window 8 (tak berapa nak berkenan tapi terpaksa juga terima), processor dia Intel(R) Celeron(R) CPU 1007U @ 1.50GHz, Ram 4.00 GB and Internal Hardisk yelah 500GB dan screen berukuran 11 inci lebih la.... kan aku da cakap tak power pun mcm korang.. huhu.. tapi nak buat mcm mana aku memang betul-betul memerlukan NB sekarang untuk buat kerja dan bersyukur kerana masih mampu lagi untuk beli.. Alhamdullillah...

P/S: InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih baru tukar yang lain, hehehe.. 




Menu Start dia, All Red yosh!!! (Red Lover la katakan) hehehe...
menggunakan window 8 ori...

AGM DIBA

hahaha... nak tanya nie sape tau maksud AGM, sila angkat kaki kanan korang semua!!! wah!! ok3, dah3.. turun kan semua kaki korang tu.. hahaha... ramai jugak yang tahu yea maksud AGM nie tapi ada jugak yang tak tau, tak pe-tak pe bagi yang tak tau pulak meyh sini dengar biar aku yang terangkan... AGM nie singkatan bagi Annual Grand Meeting, tujuan AGM nie diadakan untuk memperkenalkan barisan-barisan exco dan membentangkan objektif dan misi dan visi sesebuah syarikat dan tak lupa jugak kejayaan syarikat selain itu AGM nie untuk membincangkan setiap masalah yang berlaku pada syarikat, AGM akan diadakan setahun sekali, that why call it AGM, hahaha.. ... ok, da tau da maksud AGM?? bagus kalau da tau!!!

Tapi aku kat sini bukan nak cerita pasal AGM syarikat tapi AGM untuk course aku kat U.. aku yea course yelah Diploma In Banking Management dalam bahasa melayu yea Diploma Pengurusan Bank... kitaorang yea persatuan diberi nama DIBA stance for Diploma In Banking Association... sebenarnya aku nie baru balik dari AGM untuk sem nie tu yang nak cerita pasal AGM nie... hehe... x banyak beza dengan syarikat, kitorang just adakan sesi perkenalkan barisan exco2 yang ada kepada student junior iaitu student part 1 yang baru masuk, memberi taklimat tentang DIBA, mendengar mandat pengerusi persatuan dan sesi Q and A...


nie masa ucapan alu-aluan dan mandat dari pengerusi persatuan kami (Saudara Shazrul)

pic di atas menunjukkan ramai jugak yang turun masa  AGM tadi, memang penuh jugak la tadi..
nie masa persembahan montaj aktiviti persatuan kami dan montaj memperkenalkan barisan-barisan exco
mamat poyos nie pulak salah seorang exco and dia salah seorng dari badge aku, nama dia mierul... hehehe...

nie gift kepada sesiapa yang hadir tadi.. (bookmark)



Sahabat..!!!

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.



Korang semua mesti da tahu kan sape penyanyi untuk lirik lagu di atas tu..ha!!! pandai pun, Cik Najwa Latif kita lah kan... penyanyi yang asal dari Johor tu la.. hehehe... ok, apa kaitan pula lagu "Sahabat" nie dengan catitan aku kali nie pulak?? sabar, sabar, sabar.. jangan gopoh-gopoh.. aku nak bagitau lah nie... Cerita dia mcm nie, masa aku tengah lepak dgn membe2 aku tadi kat luar (bandar segamat jep) aku terdengar lagu nie di corong radio tapi aku lupa siaran apa... yang paling penting lagu nie bukan yea Cik Najwa kita yang nyanyi TAPI, cuba teka sape?? haha...(main teka-teka pulak) ok, lagu tu dinyanyikan oleh student2 yang ada kat US.. aku punye la terperanjat plus bangga coz lagu melayu dinyanyikan oleh bukan orang melayu dan paling penting "mat salih" pulak tu... wow!!! tahniah kepada Cik Najwa kita coz lagu "Sahabat" tu boleh sampi ke negara luar yea dan lagu tu memang penuh dengan maksud yang mendalam, aku pun salah seorang peminat lagu tu (lagu jep k)... haha.. kat bawah nie aku ada sertakan video clip original and video clip dari student US.. 



















Thursday, June 13, 2013

Solat Jumaat...

      Alhamdullillah, aku baru jep selesai menunaikan solat jumaat secara berjemaah kat U aku.. first impression aku masa nak pergi masjid kat dalam U aku yea lah mesti budak2 tak ramai coz ramai yang da balik rumah tapi sangkaan ku silap... Ya Allah, ramainye hamba Allah yang beragama islam menunaikan solat jumaat hari ini.. Alhamdullillah, walaupun masing2 sibuk dengan minggu pertama kat U tapi dorang masih lagi tidak lupa untuk menunaikan tanggung jawab dan amanah yang wajib... tak silap aku tadi, masjid memang penuh sampaikan tak mampu untuk menampung jumlah makmum yang datang tadi, ada yang sampai terpaksa bersolat di parkir kereta dan aku sendiri pun solat dekat dengan beranda tempat ambil wuduk... MasyaAllah, bagus betul kan budak2 U aku.. hehehe.. aku doakan semua budak2 UiTM kekalkan apa yang korang buat nie, mudah-mudahan diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T. amin~

Smoking and Smoker...

yeah!!! mesti korang tahukan apa tu smoking and smoker... aku mengaku aku seorang yang smoker (orang perempuan mesti tak suka punya dengan smoker mcm aku nie).. aku mula start smoke masa aku lepas habis SPM tu pun disebabkan penat kerja and pengaruh rakan sekerja, hahaha.. ( salahkan membe pulak), dulu aku nie nak kira tegar dgn rokok tak lah jugak boleh la kalau satu kotak layan untuk 2 or 3hari mcm tu tapi disebabkan cik keladi buncit (awek kesayangan aku) aku mula kurangkan smoke dan sekarang aku akan smoke bila aku penat, ngantok or buat kerja baru aku smoke... hah?? tak percaya?? tak percaya tak pe, aku tak cakap aku berhenti smoke tapi aku kurangkan smoke jep.... smoke mmg membahayakan kesihatan tapi nak buat mcm mana aku masih lagi belum betul-betul boleh smoke (maybe usaha masih tak cukup untuk berhenti kot) hehehe...

nie lah antara jenis-jenis rokok yang aku hisap Dunhill merah, Malboro merah dan Surya 12... tapi sekarang aku da terpaksa hisap Surya jep.. kenapa?? ala, korang sendiri tahukan yang harga rokok sekarang da naik itu pun nak tanya lagi ke?? aku mana mampu nak beli sekotak RM10.50, hanya mampu sekotak RM3.00 jep lah.. hehehe... kepada adik2 yang ada kat luar sana, kalau masih lagi belum menghisap rokok or nak mencuba hisap rokok, aku sarankan benti kan jep lah niat tu.. nanti ketagih susah korang nak benti mcm aku nie.. lagi satu takut menghabiskan duit mak bapak korang jep beli rokok nie (aku beli pakai duit aku sendiri k).. tu lah nasihat aku kepada budak2 yang baru nak UP.. ok...

Berkorban...

Korban?? korban apa erk?? korban lembu ke, korban duit ke, korban masa ke?? ada macam2 korban yang kita tahu, betul tak?? tapi aku nak cakap pasal korban kasih sayang terhadap insan yang kita sayang... bila kita sayangkan seseorang itu mesti kita akan BERKORBAN habis-habisan untuk dia betul tak?? seseorang tu maksud dia apa?? ala, seseorang tu boleh jadi sape2 jep... mak kita ke, bf/gf kita ke, or kawan2 kita ke... haha... loyar buruk pulak aku nie kan.. ok, dalam konteks aku "seseorang" tu merujuk kepada awek kesayangan aku merangkap isteri and makmum dunia dan akhirat aku, insyaAllah (doa2 kan la yea, amin~).... aku memang akan sanggup berkorban apa saje untuk awek kesayangan aku nie, tak kisah dari segi duit ataupun masa (itupun kalau aku betul2 tak busy la), aku sanggup buat mcm tu disebabkan aku nak tunjukkan yang aku betul2 sayangkan dia dan faham mcm mana perasaan aku terhadap dirinya tu bukan yea kita nak bercinta-cinta setakat hangat2 tahi ayam tapi biarlah sampai ke jinjang pelamin dan akhir sekali menjadi pasangan di syurga (InsyaAllah)...

ok, nie lah pic awek aku.. cantik and comel tak?? hehe.. apa?? tak cantik pun?? xp la, tu dari pandangan mata korang tapi bagi aku dialah yang paling cantik dan comel selepas mama dan nenek aku... aku sayang minah nie sangat2, hahaha.. (kesian kena pggil minah pulak).. nama dia Siti Maryam Bt. Zakaria, nice kan nama dia.. nama orang kg tapi style orang KL ok... hahaha... hubungan kami taklah begitu lama sangat baru jep 1tahun 10bulan, Alhamdullillah... Since aku ada dia nie disamping aku, aku tak pernah pun pandang perempuan lain (pandang nakal tu ada la, nama pun lelaki, hehe..) banyak dugaan dan cabaran aku dan dia dah hadapi walaupun takde la banyak sangat mcm couple lain yang kat luar tu tp aku tetap sabar dan hadapi demi kebahagian kami bersama...

p/s: bby, b sayang sangat-sangat dengan bby, insayAllah.. habis jep study b nie b akan cuba untuk mengikat hubungan kita nie... b xnak sia-siakan lansung apa yang kita lalui selama nie... harap bby boleh bersabar dan tggu b sampai masa tu tiba k... =D  I LOVE YOU SO SITI MARYAM!!!! <3<3<3

Sesak, Ramai, dan Padatnya..!!!

Mesti korang tertanya-tanyakan nape tajuk catitan kali nie mcm tu, betul x?? hehehe... apa?? tak tanya pun, ala tanya la.. (gedik pulak aku nie)... ok2, biar aku cerita dulu, tadi aku pergi makan kat IFC (salah satu tmpt mkn kat U aku) punya la terperanjat aku tempat tu penuh, ramai, sesak, padat dan seangkatan dengan yea la... ini semua disebabkan intake yang terlampau ramai untuk sem nie.. Ya Allah, da mcm pasar aku tgk... nak buat mcm manakan nak taknak, makan yea pasal aku terpaksa redah jugak coz kat situ jep makanan murah n sedap tapi aku terpaksa la tahan panas and bahang... ouh, no wonder la ramai senior2 aku tak dapat kolej utk sem  nie.. cian yea dorang... hope sem depan tak de lah intake camnie lagi.. amin~

Wing Capt??

Wing capt..!!!! alahai, sem nie aku jadi wing capt lagi.. adyai.... mesti korang tertanya-tanya apa tu wing capt?? wing capt tu singkatan untuk wing captain, tugas wing capt nie mcm ketua blok la tp yang best jd WC nie yelah InsyaAllah sem dpan dpt lagi ddok kolej... hehe... suka, suka jgk dpt kolej tp aku masih lagi punya tanggung jwab yang besar utk jaga wing aku kalau tidak kena mnjawablah aku dgn senior and UPK.. huhu..

nie lah wing aku, xd la besar tapi memanjang la... satu bilik ada 4 orang, dan total budak dlm wing aku ada 60orang... aku yea nom bilik yelah SR223, dalam wing aku nie ada mcm2 budak and perangai.. hahaha... payah giler nak jaga wing yang panjang mcm nie... huhu...

Seminggu...

Hampir seminggu aku ada kat UiTM, sem nie aku sem 3.. Alhamdullillah, pejuangan aku masih lagi diteruskan walaupun banyak halangan dan cabaran aku tempuhi (ayat yek2 jep kn), hahaha... aku masih lagi dduk dalam bilik yang sama, blok yang sama, kelas pun masih lagi cuma yang beza yea roommates yang berbeza and classmates jugakberbeza dari seblom nie... huhu...

Salam Perkenalan.. Hai, Hello, Assalamualaikum, Ni hao, Vanakkam...

Nama aku Zulfaqar B. Sharom, aku baru jep nak berjinak-jinak dalam dunia blog nie.. salam perkenalan semua pembaca and blogger2 yang ada kat dalam alam maya ini... hahaha... aku pun tak tahu nak merepek apa lagi dalam nie.. yang mana senior2 blogger tolonglah tunjuk ajar kepada junior nie yea.. hahaha... ayat sengal jep...

This is my pic... aku bukan yea hensem or muka ala2 k-pop yg jadi kegilaan orang sekarang... hahaha... umur aku 20tahun tapi belum masuk lagi la, ada lagi 1bulan 2hari, hahaha.. aku stay at Negeri Sembilan and sekarang nie aku study kat UiTM Segamat, Johor... Alhamdullillah, aku masih lagi boleh sambung belajar di peringkat yg agak tak berapa nak tggi.. hahaha...

Mesti korang tertanya-tanyakan nape sblom nie aku tak buat pun blog tapi sekarang baru nak ngada2 buat, jawapan yea iyealah, aku saja jep nak cari hobi baru... then aku tngok orang yang main blog nie mcm best jep so aku ingt nk try jgk la...