Thursday, April 24, 2014

Bosan~

  Assalamualaikum semua, cerita apa pula kali ni?? meyh sni aku ceritakan... Bosan, tu je mampu aku ungkapkan sekarang... aku da cuti semester selama 3minggu tapi tak dapat kerja lagi.. korang lagi suka duduk rumah?? haha... itu korang, aku ni mana boleh duduk diam je, mesti ada je kerja nak buat kalau tidak jadi bosan la, da la dengan internet bikin hati ni panassss jeeee... hahaha... lagipun dengan duit gaji yang aku dapat boleh la aku shopping, takde la nak minta duit dengan parent(umur da lanjut kena la faham).. nape tak pergi interview?? banyak interview yang pergi tapi banyak yang nak guna lebih 6bulan tapi aku pula cuti sampai bulan 6 je, lagipun part time dorang taknak terima... maybe cuti sem kali ni aku takde rezeki kot, takpe la... korang doakan aku murah rezeki erk, aku pun doakan korang semua murah rezeki.. amin~

P/S: InsyaAllah, rezeki kita ada dimana-mana sahaja cuma lambat atau cepat je, paling penting tiang kita tenguhkan dulu kemudian usaha akhir sekali tawakal, percaya kepada Allah kerana Dia Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... insyaAllah... 

Friday, April 11, 2014

Habis Semester...

  Alhamdullillah, hari ini Jumaat bersamaan 11 April 2014 maka tamatlah sudah aku sebagai student UiTM semester 4, hahaha.. Sebenarnya paper aku da lama habis tapi disebabkan parent tak boleh jemput terpaksa la kena tunggu sampai hari Sabtu.. Perasaan sekarang teramatlah sedih kerana terpaksa berpisah dengan member-member dan senior-senior akhir semester yang kebanyakkannya adalah umur sebaya dengan aku dan selalu gila sama-sama... Lumrah hukum dunia setiap pertemuan ada perpisahan, kita terima dengan sabar dan redha, berharap semoga perhubungan persahabatan tidak terputus, insyaAllah.. =D

  Aku doakan yang terbaik kepada senior-senior yang habis semester ni, insyaAllah korang semua akan berjaya.. amin~ untuk member-member dan junior-junior, jagalah diri korang semua semasa cuti sem ni, jangan ada nanti balik kampus sem depan da cacat or kurang upaya pulak (also note to myself) hehehe... Hope korang semua baik-baik belaka la cuti sem ni, yang jenis taknak kerja tu tolonglah parent kat rumah erk.. hahaha...

  Cuti semester da bermula dan memang setiap cuti sem aku akan cari kerja untuk tampung barang keperluan aku dan duit belanja semasa buka kampus nanti, tak main la nak beli something pakai duit parent lagi... hahaha.. Tapi cuti sem kali ni aku tak tahu lagi nak cari kerja kat mana, ingatkan nak cari kerja kat JB tapi aku tak boleh buat macam tu nanti atuk aku risau (cucu kesayangan atuk la katakan) haha...  Tapi, ada tapi lagi sebelum aku cari kerja, aku kena siapkan dulu paperwork program aku minggu depan kalau tidak habislah aku kena maki dengan presiden persatuan aku... huhu.. T_T

  Kepada semua yang dalam cuti semester dan cuti pertengahan semester, jaga diri elok2... enjoy, enjoy jugak tapi kena beringat... hahaha... Assalamualaikum

p/s: sedih woiiii.. tinggal sorang2 kat kolej yang lain da balik rumah....

Saturday, April 5, 2014

Sayang..??

  Assalamualaikum, apakah erti sayang yang korang tahu?? sayang ni berbeza dengan suka dan cinta, lagi sekali aku ingat BERBEZA DENGAN SUKA DAN CINTA... Aku pun tak berapa nak arif dan pandai dalam bab-bab macam ni(acaca tak pernah bercintan-cintun plak)... hahaha... Bagi aku sayang adalah sesuatu yang tak dapat diungkapkan dengan perkataan tapi adalah sesuatu untuk ditunjukkan dengan mata kasar dan hati, maksud mata kasar ialah seboleh-bolehnya kita tunjukkan yang kita sayang dia dan terima kekurangan dia dengan seadanya(ayat cliche for every person yang bercouple), contohnya kita korbankan masa kita hanya untuk meluangkan masa bersama si dia, kita bukan cuba memaksa dia untuk sayangkan kita tapi kita cuba membuktikan dan menunjukkan dia yang kita sayang selain family kita.. Kalau memaksa ini kebanyakkannya couple2 yang selalu mengungkit la, tuduh-menuduh antara satu sama lain, that is one of reason why couple never get long, betul tak?? Tepuk dada tanyalah isi hati anda sendiri... 

  Sayang ni bukan disebabkan kecantikkan, rupa, dan harta... kalau dari segi kecantikkan, rupa, dan harta itu adalah PERASAAN SUKA dan BUKANnya sayang, sayang ni mampu membuatkan kita tersenyum, tertawa dan menangis bersama dengan dia... Kat sini aku sertakan contoh-contoh SUKA, SAYANG dan CINTA... 

SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal yang memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.

SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kau akan menemaninya tak perduli bagaimana pun keadaanmu.

Pada saat kau SUKA padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat kau SAYANG padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kau CINTA padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus…

SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata “Sudahlah, jgn menangis.”

SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dibahumu sambil berkata, “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. ”

Hope korang enjoy dengan catitan kali ini, setiap catitan yang ada kebanyakkan untuk meluahkan isi hati yang tiada tempat untuk mengadu(manusia la, dengan Allah S.W.T. tu always kena mengadu denganNya)... Assalamualaikum =D

Arejoi93

Friday, April 4, 2014

Crush or Crash..??

  Assalamualaikum, hahaha... apa khabar semua?? Tadinya post da lama buat tapi lupa nak post je... hehehe... Ok, today i want to discuss about Crush or Crash... hahaha... Acaca dalam meeting or discussion plak kan.. Takde la, lately ni aku minat kat seorang perempuan ni dalam bahasa sekarang ni "Crush" la kan, sebenarnya bukan la lately tapi da lama minat dengan dia coz selalu sangat lost contact menyebabkan aku rasa macam takde jodoh je (mesti korang fikir mana perginya cik keladi kan?), tu aku malas nak cerita, haha.. Sebenarnya perempuan yang aku "crush" sangat ni ialah ex classmate aku masa primary school (siot lama tak jumpa dan macam mana boleh jumpa balik), sini aku cerita kan.. Biar aku bahasa budak ni dengan "Dia" je la k, Dia ni aku meet masa dia add FB aku, masa tu aku form 5 then kitaorang lost contact... Dapat contact balik masa aku kat pra-dip and dia study at Matrik NS, dekat gila dengan kampus aku pra-dip... Masa ni pun aku lost contact lagi sekali dan masa ni aku mula suka kat dia tapi nak buat macam mana asyik lost contact je, redha je la... Tapi jodoh tu kan kat tangan Allah, aku jumpa balik dia after aku masuk Dip kat Segamat.. How i meet her?? zaman sekarang kan ada app "wechat" dalam smartphone, korang pun ada pakai juga kan, dalam app tu ada function "people nearby", function dia untuk search orang sekililing kita without kita tahu no. fon or ID app.. Aku mula mengatal tangan untuk try searching mana la tahu bernasib baik and guess what i found?? yup, i found her ID and i add her wechat, such a beautiful day for me.. hahaha... Nak dipendek kan cerita, sampai la ni aku still message with her and i got her's new number phone!!! yeah!!!! hahaaha... Aku da bagitahu dia yang aku suka kat dia tapi no respond... Takpe la, aku sanggup tunggu jawapan mu... Sampai sini sajalah akunya bebelan, da mengantuk and mahu tidur, hehehe... bye, Assalamualaikum...

P/S: Crash tu takde kaitan pun dalam ini cerita, saja je... hahaha... cerita pasal cik keladi next time k...

"Nothing's gonna change my love for you, You ought to know by now how much I LOVE YOU, One thing you can be sure of i'll never ask for MORE THAN YOUR LOVE"

Pemohonan Maaf dan Selamat Tahun Baru "walaupun sudah masuk bulan 4"

  Assalamualaikum, fuh, fuh, fuh, fuh... berhabuk betul blog aku ni... berapa lama da aku tak usik dan tengok... Apa khabar semua?? sihat?? Alhamdullillah kalau sihat, aku pun sihat jugak.. Selamat Tahun Baru Masihi, sorry lambat wish... hehehe... Buka buku baru untuk tahun baru?? memang tak lah kan, coz cerita lama pun tak habis lagi... haha... Sorry lama sangat tak update...