Friday, April 11, 2014

Habis Semester...

  Alhamdullillah, hari ini Jumaat bersamaan 11 April 2014 maka tamatlah sudah aku sebagai student UiTM semester 4, hahaha.. Sebenarnya paper aku da lama habis tapi disebabkan parent tak boleh jemput terpaksa la kena tunggu sampai hari Sabtu.. Perasaan sekarang teramatlah sedih kerana terpaksa berpisah dengan member-member dan senior-senior akhir semester yang kebanyakkannya adalah umur sebaya dengan aku dan selalu gila sama-sama... Lumrah hukum dunia setiap pertemuan ada perpisahan, kita terima dengan sabar dan redha, berharap semoga perhubungan persahabatan tidak terputus, insyaAllah.. =D

  Aku doakan yang terbaik kepada senior-senior yang habis semester ni, insyaAllah korang semua akan berjaya.. amin~ untuk member-member dan junior-junior, jagalah diri korang semua semasa cuti sem ni, jangan ada nanti balik kampus sem depan da cacat or kurang upaya pulak (also note to myself) hehehe... Hope korang semua baik-baik belaka la cuti sem ni, yang jenis taknak kerja tu tolonglah parent kat rumah erk.. hahaha...

  Cuti semester da bermula dan memang setiap cuti sem aku akan cari kerja untuk tampung barang keperluan aku dan duit belanja semasa buka kampus nanti, tak main la nak beli something pakai duit parent lagi... hahaha.. Tapi cuti sem kali ni aku tak tahu lagi nak cari kerja kat mana, ingatkan nak cari kerja kat JB tapi aku tak boleh buat macam tu nanti atuk aku risau (cucu kesayangan atuk la katakan) haha...  Tapi, ada tapi lagi sebelum aku cari kerja, aku kena siapkan dulu paperwork program aku minggu depan kalau tidak habislah aku kena maki dengan presiden persatuan aku... huhu.. T_T

  Kepada semua yang dalam cuti semester dan cuti pertengahan semester, jaga diri elok2... enjoy, enjoy jugak tapi kena beringat... hahaha... Assalamualaikum

p/s: sedih woiiii.. tinggal sorang2 kat kolej yang lain da balik rumah....

No comments:

Post a Comment