Assalamualaikum semua, hahaha... hari ni hari yang memenatkan seluruh tubuh badan aku... rasanya bukan hari ni je tapi kemungkinan seminggu dua ni... hahaha... kenapa penat sangat hari? mesti la penat, korang pernah tk memasak start dari pukul 12tgh hari sampai pukul 6ptg? kalau pernah kiranya korang da rasa apa yang aku rasa la kan.. hahaha... kenapa aku masak lama sangat? jawapannya ialah, hari ni ada orang tempah makanan dekat aku sebab dia nak buat open house tapi bukan la yang besar-besar punya setakat biasa-biasa je, tu sebab aku berani ambik tempahan dekat dia.. dia order bihun goreng, nugget, sosej, kuih muih, buah, air minuman and ayam goreng untuk 100orang makan, sikit kan? tu sebab aku berani ambk lagipun rezeki takkan kita nak tolak betul tak? alang-alang tengah takde duit and orang offer plak, ambik la apa lagi tunggu... hahaha... hari sabtu ni pun ada orang order jugak tapi nasi ayam and kuih muih untujk 700orang... boleh jugak tu... Alhamdullillah, rezeki daripada Allah... syukur sangat-sangat...
No comments:
Post a Comment