Tuesday, March 24, 2015

Kalau Sudah Jodoh Takkan Lari Ke Mana...

  Assalamualaikum semua, bersawang nok aku punye blog ni.. hahaha.. da lama tk update kan, tahun baru pun da lepas.. nak kata busy boleh tahan la... hahaha... Bukan setakat busy je tapi sedih dan malas nak update apa-apa kat sini... Tu la hangat-hangat tahi ayam je aku ni buat blog... hahahaha.. Ha, meyh sini semua aku nak cerita sikit tak banyak pun sikit jee... Aku nak buat kesimpulan je terus selama aku tak update blog aku ni...

  Firstly, biar aku cerita pasal arwah atuk aku.. Arwah meninggal tahun lepas pada bulan 5, dia meninggal sebab usus pecah (ada nama saintifik dia tp tak reti aku nk ngeja benda tu). Pada masa tu aku sedih sangat-sangat, aku macam hilang harapan nak buat semua benda... aku rasa nak stop study, nak dduk rumah jaga nenek aku.. macam2 la yang aku fikirkan tapi aku kena kuatkan jugak diri aku kalau tidak aku takkan berjaya dan aku akan hancurkan harapan arwah atuk aku... hmmm... Al-Fatihah...

  Second, aku nak cerita pasal cik keladi... secara sahnya masuk bulan ni da 9bulan aku single... 9bulan yang lepas cik keladi mintak break dengan aku sebab dia ada pengganti aku.. Salah aku jugak sebab aku sendiri yang bagi green light kat dia, aku cakap "kalau jumpa orang yg lagi baik dari aku, mintak la break" so dia da jumpa and da pun mintak break... but~ ha!!! ada tetapi di situ, Aku dengan dia still lagi kawan, kalau orang lain bila da break terus jadi musuh or lost contact betul tak? tapi aku tak, sebab apa? sebab aku sayang sangat dengan dia, even takde jodoh tapi still lagi sayangkan dia... kitaorang break pun bukan sebab bergaduh or saling membenci cuma cik keladi sukakan orang lain tu je... Sekarang ni aku tengah berusaha nak habiskan study and nak kerja tuk himpunkan duit.. kenapa? cik keladi kata dia sanggup bagi aku masa untuk aku cari duit and masuk meminag dia... Nampak tak? kalau da jodoh takkan lari ke mana.. hahaha... InsyaAllah, Kalau benda baik mesti Allah akan tolong kita....

  Penat da menaip and cari idea nak cerita... Aku tamatkan la coretan cakar ayam aku ni kat sini je, nanti ada cerita lagi, aku akan update k...

P/S: AKU STILL SAYANGKAN SITI MARYAM BINTI ZAKARI <3

Wednesday, November 12, 2014

Durian Runtuh? Rezeki Allah...

  Assalamualaikum semua, hahaha... hari ni hari yang memenatkan seluruh tubuh badan aku... rasanya bukan hari ni je tapi kemungkinan seminggu dua ni... hahaha... kenapa penat sangat hari? mesti la penat, korang pernah tk memasak start dari pukul 12tgh hari sampai pukul 6ptg? kalau pernah kiranya korang da rasa apa yang aku rasa la kan.. hahaha... kenapa aku masak lama sangat? jawapannya ialah, hari ni ada orang tempah makanan dekat aku sebab dia nak buat open house tapi bukan la yang besar-besar punya setakat biasa-biasa je, tu sebab aku berani ambik tempahan dekat dia.. dia order bihun goreng, nugget, sosej, kuih muih, buah, air minuman and ayam goreng untuk 100orang makan, sikit kan? tu sebab aku berani ambk lagipun rezeki takkan kita nak tolak betul tak? alang-alang tengah takde duit and orang offer plak, ambik la apa lagi tunggu... hahaha... hari sabtu ni pun ada orang order jugak tapi nasi ayam and kuih muih untujk 700orang... boleh jugak tu... Alhamdullillah, rezeki daripada Allah... syukur sangat-sangat...


Tuesday, November 11, 2014

Redha dengan kesalahan sendiri...

  Assalamualaikum semua.. hahaha.. apa khabar? Alhamdullillah sihat semua.. cerita aku kali ni agak sedih bagi aku sendiri tapi bagi korang maybe korang akan gelakkan aku sebab siapa suruh aku buat hal betul tak? hahaha.. cerita dia macam... tepat pukul 12pagi 12/11/2014 aku dapat result final exam untuk semester 5, aku harapkan semuanya lulus (tak mintak lebih sebab aku tau takat mana je aku ni) tapi sadis yea 4paper aku gagal dari 7paper aku ambik untuk semester 5... aku redha sangat-sangat... aku redha sebab itulah keputusan aku akibat banyak main-main dan selalu tinggalkan solat.. aku tau Allah masih lagi nak uji aku sebab Dia mesti nak tengok aku macam mana masa aku susah... aku da betul-betul redha dan nekad untuk berubah menjadi yang lebih baik... aku masuk belajar sebab aku nak tengok arwah atuk aku happy dan sekarang aku buat macam ni, memang takkan dia happy dengan aku so aku kena berubah jadi lebih baik dari sekarang... tahun ni memang banyak cabaran aku lalui, tapi itu tak mematahkan semangat aku... insyaAllah, rezeki Allah luas terbentang dan ada di mana-mana sahaja asalkan kita usaha untuk dapatannya... insyaAllah... kali ni cerita aku.. bye... Asslamualaikum...

Thursday, April 24, 2014

Bosan~

  Assalamualaikum semua, cerita apa pula kali ni?? meyh sni aku ceritakan... Bosan, tu je mampu aku ungkapkan sekarang... aku da cuti semester selama 3minggu tapi tak dapat kerja lagi.. korang lagi suka duduk rumah?? haha... itu korang, aku ni mana boleh duduk diam je, mesti ada je kerja nak buat kalau tidak jadi bosan la, da la dengan internet bikin hati ni panassss jeeee... hahaha... lagipun dengan duit gaji yang aku dapat boleh la aku shopping, takde la nak minta duit dengan parent(umur da lanjut kena la faham).. nape tak pergi interview?? banyak interview yang pergi tapi banyak yang nak guna lebih 6bulan tapi aku pula cuti sampai bulan 6 je, lagipun part time dorang taknak terima... maybe cuti sem kali ni aku takde rezeki kot, takpe la... korang doakan aku murah rezeki erk, aku pun doakan korang semua murah rezeki.. amin~

P/S: InsyaAllah, rezeki kita ada dimana-mana sahaja cuma lambat atau cepat je, paling penting tiang kita tenguhkan dulu kemudian usaha akhir sekali tawakal, percaya kepada Allah kerana Dia Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... insyaAllah... 

Friday, April 11, 2014

Habis Semester...

  Alhamdullillah, hari ini Jumaat bersamaan 11 April 2014 maka tamatlah sudah aku sebagai student UiTM semester 4, hahaha.. Sebenarnya paper aku da lama habis tapi disebabkan parent tak boleh jemput terpaksa la kena tunggu sampai hari Sabtu.. Perasaan sekarang teramatlah sedih kerana terpaksa berpisah dengan member-member dan senior-senior akhir semester yang kebanyakkannya adalah umur sebaya dengan aku dan selalu gila sama-sama... Lumrah hukum dunia setiap pertemuan ada perpisahan, kita terima dengan sabar dan redha, berharap semoga perhubungan persahabatan tidak terputus, insyaAllah.. =D

  Aku doakan yang terbaik kepada senior-senior yang habis semester ni, insyaAllah korang semua akan berjaya.. amin~ untuk member-member dan junior-junior, jagalah diri korang semua semasa cuti sem ni, jangan ada nanti balik kampus sem depan da cacat or kurang upaya pulak (also note to myself) hehehe... Hope korang semua baik-baik belaka la cuti sem ni, yang jenis taknak kerja tu tolonglah parent kat rumah erk.. hahaha...

  Cuti semester da bermula dan memang setiap cuti sem aku akan cari kerja untuk tampung barang keperluan aku dan duit belanja semasa buka kampus nanti, tak main la nak beli something pakai duit parent lagi... hahaha.. Tapi cuti sem kali ni aku tak tahu lagi nak cari kerja kat mana, ingatkan nak cari kerja kat JB tapi aku tak boleh buat macam tu nanti atuk aku risau (cucu kesayangan atuk la katakan) haha...  Tapi, ada tapi lagi sebelum aku cari kerja, aku kena siapkan dulu paperwork program aku minggu depan kalau tidak habislah aku kena maki dengan presiden persatuan aku... huhu.. T_T

  Kepada semua yang dalam cuti semester dan cuti pertengahan semester, jaga diri elok2... enjoy, enjoy jugak tapi kena beringat... hahaha... Assalamualaikum

p/s: sedih woiiii.. tinggal sorang2 kat kolej yang lain da balik rumah....

Saturday, April 5, 2014

Sayang..??

  Assalamualaikum, apakah erti sayang yang korang tahu?? sayang ni berbeza dengan suka dan cinta, lagi sekali aku ingat BERBEZA DENGAN SUKA DAN CINTA... Aku pun tak berapa nak arif dan pandai dalam bab-bab macam ni(acaca tak pernah bercintan-cintun plak)... hahaha... Bagi aku sayang adalah sesuatu yang tak dapat diungkapkan dengan perkataan tapi adalah sesuatu untuk ditunjukkan dengan mata kasar dan hati, maksud mata kasar ialah seboleh-bolehnya kita tunjukkan yang kita sayang dia dan terima kekurangan dia dengan seadanya(ayat cliche for every person yang bercouple), contohnya kita korbankan masa kita hanya untuk meluangkan masa bersama si dia, kita bukan cuba memaksa dia untuk sayangkan kita tapi kita cuba membuktikan dan menunjukkan dia yang kita sayang selain family kita.. Kalau memaksa ini kebanyakkannya couple2 yang selalu mengungkit la, tuduh-menuduh antara satu sama lain, that is one of reason why couple never get long, betul tak?? Tepuk dada tanyalah isi hati anda sendiri... 

  Sayang ni bukan disebabkan kecantikkan, rupa, dan harta... kalau dari segi kecantikkan, rupa, dan harta itu adalah PERASAAN SUKA dan BUKANnya sayang, sayang ni mampu membuatkan kita tersenyum, tertawa dan menangis bersama dengan dia... Kat sini aku sertakan contoh-contoh SUKA, SAYANG dan CINTA... 

SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal yang memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.

SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kau akan menemaninya tak perduli bagaimana pun keadaanmu.

Pada saat kau SUKA padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat kau SAYANG padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kau CINTA padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus…

SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata “Sudahlah, jgn menangis.”

SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dibahumu sambil berkata, “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. ”

Hope korang enjoy dengan catitan kali ini, setiap catitan yang ada kebanyakkan untuk meluahkan isi hati yang tiada tempat untuk mengadu(manusia la, dengan Allah S.W.T. tu always kena mengadu denganNya)... Assalamualaikum =D

Arejoi93

Friday, April 4, 2014

Crush or Crash..??

  Assalamualaikum, hahaha... apa khabar semua?? Tadinya post da lama buat tapi lupa nak post je... hehehe... Ok, today i want to discuss about Crush or Crash... hahaha... Acaca dalam meeting or discussion plak kan.. Takde la, lately ni aku minat kat seorang perempuan ni dalam bahasa sekarang ni "Crush" la kan, sebenarnya bukan la lately tapi da lama minat dengan dia coz selalu sangat lost contact menyebabkan aku rasa macam takde jodoh je (mesti korang fikir mana perginya cik keladi kan?), tu aku malas nak cerita, haha.. Sebenarnya perempuan yang aku "crush" sangat ni ialah ex classmate aku masa primary school (siot lama tak jumpa dan macam mana boleh jumpa balik), sini aku cerita kan.. Biar aku bahasa budak ni dengan "Dia" je la k, Dia ni aku meet masa dia add FB aku, masa tu aku form 5 then kitaorang lost contact... Dapat contact balik masa aku kat pra-dip and dia study at Matrik NS, dekat gila dengan kampus aku pra-dip... Masa ni pun aku lost contact lagi sekali dan masa ni aku mula suka kat dia tapi nak buat macam mana asyik lost contact je, redha je la... Tapi jodoh tu kan kat tangan Allah, aku jumpa balik dia after aku masuk Dip kat Segamat.. How i meet her?? zaman sekarang kan ada app "wechat" dalam smartphone, korang pun ada pakai juga kan, dalam app tu ada function "people nearby", function dia untuk search orang sekililing kita without kita tahu no. fon or ID app.. Aku mula mengatal tangan untuk try searching mana la tahu bernasib baik and guess what i found?? yup, i found her ID and i add her wechat, such a beautiful day for me.. hahaha... Nak dipendek kan cerita, sampai la ni aku still message with her and i got her's new number phone!!! yeah!!!! hahaaha... Aku da bagitahu dia yang aku suka kat dia tapi no respond... Takpe la, aku sanggup tunggu jawapan mu... Sampai sini sajalah akunya bebelan, da mengantuk and mahu tidur, hehehe... bye, Assalamualaikum...

P/S: Crash tu takde kaitan pun dalam ini cerita, saja je... hahaha... cerita pasal cik keladi next time k...

"Nothing's gonna change my love for you, You ought to know by now how much I LOVE YOU, One thing you can be sure of i'll never ask for MORE THAN YOUR LOVE"